Salam, aku suka berjalan. Sangat suka. So, aku nak share sikit lah macam mana biasanya aku merancang percutian kami sebab sebelum ni memang husband aku suruh aku handle semua, dari booked hotel, survey places of interest, tempat makan best. Senang cerita aku buat semua, die nanti tukang bayar jek. Aku tak kisah pon asalkan aku boleh jalan-jalan, hehehe..
1- Save the date
Faktor ni biasanya takde masalah kot untuk set the date nak pergi holiday sebab standard la kan orang pergi bercuti time anniversary kottt, takpon birthday trip ke, time school holiday bawak anak berjalan ke kan.. Untuk kes aku, anniversary on October, so tiap tahun tunggu bulan October untuk pergi holiday. Kalau nasib baik (ke berjaya memujuk laki?muahahaha), time birthday pon husband aku bermurah hati bawak pergi jalan-jalan, thanks sayang!hiks
Aku : yang, bulan depan birthday sape ek? hint*
Laki aku : Tau, kenape?
Aku : Tahun lepas kite pergi Cameron kan, seronok sangat yang, thanks tau..
Laki aku : Sama-sama babe, tak kesah lah asal awak happy.
Aku : Tahun ni kite nak pergi mane?
Laki aku : Aku dah agak dah bende ni sebenarnya point die, caits
 |
| Ladang Teh Bharat, Cameron Highland. February 2012. |
Semalam tanya laki aku berulang ulang ulang kali sampai dia tensen, nak bawak aku pergi mana next month, aku tanya dia, dia tanya aku balik. Sudahnya aku pon sama tensen, jangan harap la kan dia nak buat suprise, setel semua aku goyang kaki jek tunggu nak pergi, memang beranganlah,hehe..
2- Tempat Percutian
Kalau boleh memang semua orang nak pergi Paris, nak amik gambar dekat Eiffel tower tu sambil-sambil main salji feeling winter sonata, aku faham sebab aku pon berangan nak pergi jugak, hikhikhik. Tapiiiiii, masanya belum tiba gittew. Setakat ni kami mampu berjalan dalam Malaysia, tu pon tak habis jejak lagi semua tempat best yang ada.
 |
| Gems Island Resort & Spa, Pulau Gemia, Terengganu. Honeymoon! |
3- Budget
Bab ni memang ko kene hardcore sikit menyimpan, menabung, main kutu dan sejalanan dengannya. Kene kuatkan semangat, jangan ada istilah terbeli kasut masa pergi mall siang tadi, jangan termakan pujuk lenglui kat parkson jual perfume gucci, terbekenan blaus mango masa terlintas depan butik,alasan jek semua tu hokey..Kentalkan semangat.
4- Itinerary
Bila dah set destinasi pilihan hati nak pergi mana, bolehlah kita mula merancang percutian ni supaya boleh pergi semua places of interest yang ada kat situ tapi pilih-pilih jugak lah kan, ikut kesesuaian waktu dan juga budget yang ada. Ada tempat yang nak masuk kene bayar entry fees, ada yang tak. So, pilihlah dengan bijak.
 |
| Desa Cattle Kundasang Sabah. Our 2nd anniversary, 2013. |
Oke, setakat tu jek la ilmu yang aku mampu share dengan korang, harap bergunalah yer untuk panduan merancang percutian korang nanti, okbai!