Thursday, 2 January 2014

Tips Melancong Secara Berhemah (BUDGET)

Assalamualaikum korang..


Tips melancong secara berhemah aka budget sempena tahun melawat Malaysia 2014, sapa taknak kan kalau boleh pergi travel secara bijaksana berwibawa plus poket korang tak burned/berlubang/koyak. Aku rasa mesti korang lagi bangga kan kalau mampu pergi melancong and managed untuk dapat good deals, takde lah nanti da balik dari travel, sengkek nak cukup bulan, makan maggi buat muke sedih (aku la tu,hehe).


Tip 1 : Carpooling

Carpool ni bukan kereta kolam ye anak anak,haha..maksudnya berkongsi kereta.
Situasi : Ada lima sekawan nak pergi ke point A ke point B, dari bawak kereta sorang satu nak tuju ke tempat yang sama, adalah lebih afdal korang pergi sama-sama, boleh tong tong minyak, tol, parking etc. Jimat duit dah satu hal, boleh la nanti korang gilir drive, mata pon tak ngantuk sebab ramai boleh teman ko borak. Kadar untuk sesat jalan juga boleh diminorkan.


the more, the merrier gittewww



Tips 2 : Accommodation (Hotel Budget / Inn / Homestay /Rumah Urut Chukang)

Aku sebagai lepasan diploma in hotel management memang agak memilih bulu (hotel) untuk stay, so aku memang tak boleh compromise tempat tidur, macam mane ni tadi kata melancong secaara berkemah?pangggg kangg!

Situasi I : sekarang ada banyak alternatif hotel untuk kita stay, bagi aku yang paling selesa, bersih dan affordable sudah tentu Tune Hotels, boleh kata setiap negeri ada 1 branch, klik sini kalau korang nak survey, http://www.tunehotels.com/my/en/ .Masa aku pergi Kota Kinabalu aku stay sini, mane nak dapat kan 1 malam RM 50++. Murah weyy!!


Contoh booking Tune Hotels secara online, pergi walk in pon boleh.

Situasi II : Dulu masa aku kerje kat as Internal Sales Officer, kerje aku ialah menghandle (?) reservation thru call & internet, so sedikit advantage kat situ. Yelah, aku boleh la bandingkan antara  banyak banyak internet agent, yang mana paling best. Aku lebih prefer thru Agoda. Kenapa? Sebab Agoda memang bagi good deals dari segi variety of choices (dari 1 star up to berstar star), harga dia offer pon bagi aku paling rendah berbanding competitor yang lain. Klik sini untuk link http://www.agoda.com/country/malaysia.html
Tapi sebelum book bilik, aku direct tengok website hotel tu sendiri pulak, sebab nak check beza harga. Masa aku stay kat Primera Residence & Bussiness Suites Cyberjaya, mula mula aku check Agoda, ok la dalam RM 200 ++ per night then aku saja gatal tangan nak call direct, langkah kanan kot sebab die offer lower price dari Agoda dannnn upgrade bilik! Kan huntung tu uollsss!



Tips 3 : Be Independent



Bila lagi korang nak tunjuk skill baca map, tengok kompas macam time camping zaman sekolah dulu,?  Ini lah time paling sesuai untuk berdikari. Sebenarnya bagi aku lah kan, kalau pergi dengan travel agent ni membazir jek, sebab mahalllll..bagi orang yang mampu tu watdehel la kan bayar lebih tapi ini kan entry untuk save budget, so jangan nak lawan cakap aku.hihihi. Jangan la pikir takut sesat, tak payah pakai kompas pon, on waze saja. Contohnya masa trip ke Kota Kinabalu, kami tak pergi dengan agen, hanya sewa kereta semata jek drive sendirik. Jimat dah kat situ kann..


Speed bot ni tak dapat la der korang nak bawak sendiri, hihi
Lokasi: Pulau Manukan

Kesimpulan pelajaran kita hari ni, semua orang mampu melancong, jauh perjalanan luas pemandangan, duit berterbangan boleh dijimatkan. Oke, bersurai!






No comments:

Post a Comment